Tuesday, April 27, 2010

Perlu ke?

Rata2 orang berpendapat makanan tambahan tidak diperlukan bagi orang yang sihat dan masih mampu makan. Tidak dinafikan, memang itu hakikatnya. Namun, it holds true only for orang yang mengambil diet seimbang berpandukan piramid makanan. Soalnya, adakah makanan harian kita mengikut apa yang disarankan oleh piramid makanan? Atau hanya mengikut selera kita sahaja?


Ada sesetengah orang juga terpesong fahamannya apabila berpendapat makanan tambahan boleh digunakan untuk menguruskan badan. Kononnya, makanan tambahan sudah mempunyai nutrient yang diperlukan oleh tubuh. Dah namanya makanan tambahan, untuk menambah, bukannya utama. Side dishes je. Macam matematik tambahan la, matematik moden kan da ade. Ibaratnya cam tu, kalau SPM pon kene amek dua2 kan?


Siapakah orang yang memerlukan makanan tambahan?



  1. Orang Golongan tua 
    2. Orang yang mengalami masalah hati, pankreas, batu karang dan penghadaman.
        
    3. Golongan yang mengamalkan diet

    4. Wanita - haid
 
    5. Wanita hamil     

    6. Orang yang tidak sempat makan dengan sempurna (terlalu sibuk / malas makan)

Ramai orang yang nampak sihat dan bertenaga, hakikatnya pemakanan yang tidak seimbang kadang2 tidak ditunjukkan melalui penampilan. Kalau nampak orang gemuk tu, senang la kita kata mereka obese dan berisiko untuk mendapat sakit jantung, hypertension, kencing manis dan sebagainya.
Tapi, bukan sedikit orang yang fit dan handsome mati terkejut mengalami sudden death (mati tiba-tiba, tak disangka2) atau premature death (mati sebelum 45 tahun). Bila post-mortem dijalankan.. Nah, semua salur darah tersumbat oleh plag2 atherosclerosis (kolesterol + ketulan darah + bla bla bla) hasil daripada gaya hidup yang tidak sihat dan makanan yang tidak seimbang. 

Banyak statistik2 yang menakutkan dipampang kepada kita mutakhir ini. Selain golongan tua yang diserang penyakit tiga serangkai (kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang) yang sering kita dengar, kini kanak2 juga tidak terlepas daripada masalah yang sama. Selain itu, bilangan kanak2 yang diagnose mendapat kanser juga tidak kurang jumlahnya, semua berpunca daripada makanan dan gaya hidup kita sendiri.

Tepuk dada tanya selera, jika anda mampu mengekalkan pengambilan diet seimbang mengikut piramid makanan, dan mengamalkan gaya hidup yang sihat, teruskanlah. Pilihan di tangan anda.

p/s : Badan yang sihat adalah salah satu ibadah